RAYUAN SUMBANGAN
JADUAL KULIAH
CERAMAH KHAS MAULIDUR RASUL (ASAR) 11/02/2011 DISAMPAIKAN OLEH:
PENTING
*********************************************
HUKUM BOIKOT BARANG AMERIKA....
Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadot dipetik sebagai berkata: "Hukum memboikot barang AS kini jatuh WAJIB dan jika ada sesiapa yang tidak mahu memboikot maka hukum menyokong AS dan Israel ialah lawan bagi wajib, iaitu HARAM." Beliau menegaskan hukum wajib itu tepat kerana adalah jelas AS dan Israel kini terus degil, sombong, takbur, bongkak, tidak berperikemanusiaan, musuh agama dan membunuh manusia tidak berdosa termasuk kanak-kanak, wanita dan warga tua di Gaza. "Usaha ini perlu berterusan dan jangan hangat-hangat tahi ayam," katanya. Dipetik dari Utusan Malaysia- 12/1/09
*********************************************
*********************************************
Saturday, January 29, 2011
Kuliah Asar Surau Al Insaf 28/01/2011
Download/Dengar Di Sini
Semoga mendapat pertambahan ilmu.
Usrah PERKIB 27/01/2011
Download/Dengar Di Sini
Semoga mendapat pertambahan ilmu.
Wednesday, January 26, 2011
Syukran Ya Allah
Wassalam
Kuliah Zohor Surau Al Insaf 26/01/2011
Download/Dengar Di Sini
Semoga mendapat pertambahan ilmu.
Tuesday, January 25, 2011
Kuliah Surau Al Insaf 25/01/2011
Download/Dengar Di Sini
Semoga mendapat pertambahan ilmu.
Kuliah Surau Al Insaf 24/01/2011
Download/Dengar Di Sini
Semoga mendapat pertambahan ilmu.
Friday, January 21, 2011
Kuliah Surau Al Insaf 21/01/2011
Download/Dengar Di Sini
Semoga mendapat pertambahan ilmu..
Wednesday, January 19, 2011
Kuliah Surau Al Insaf 19/01/2011
Download/Dengar Di Sini
Semoga mendapat pertambahan ilmu..
Tuesday, January 18, 2011
Kuliah Surau Al Insaf 18/01/2011
Download/Dengar Di Sini
Semoga mendapat pertambahan ilmu
Kuliah Surau Al Insaf 13/01/2011
Kuliah Surau Al Insaf 10/01/2011
Download/Dengar Di Sini
Semoga mendapat pertambahan ilmu
Kuliah Surau Al Insaf 07/01/2011
Download/Dengar Di Sini
Semoga mendapat pertambahan ilmu
Kuliah Surau Al Insaf 30/12/2010
Kuliah Surau Al Insaf 29/12/2010
Download/Dengar Di Sini
Semoga mendapat pertambahan ilmu.
Kuliah Surau Al Insaf 24/12/2010
Download/Dengar Di Sini
Semoga mendapat pertambahan ilmu..
Kuliah Surau Al Insaf 20/12/2010
Download/Dengar Di Sini
Semoga mendapat pertambahan ilmu..
Kuliah Surau Al Insaf 17/12/2010
Download/Dengar Di Sini
Semoga mendapat pertambahan ilmu..
Kuliah Surau Al Insaf 13/12/2010
Download/Dengar Di Sini
Semoga mendapat pertambahan ilmu.
Kuliah Surau Al Insaf 09/12/2010
Download/Dengar Di Sini
Semoga mendapat pertambahan ilmu.
Kuliah Surau Al Insaf 08/12/2010
Download/Dengar Di Sini
Semoga mendapat pertambahan ilmu.
Kuliah Surau Al Insaf 03/12/2010
Download/Dengar Di Sini
Semoga mendapat pertambahan ilmu.
Kuliah Surau Al Insaf 30/11/2010
Monday, January 17, 2011
Kuliah Surau Al Insaf 22/10/2010
Kuliah Surau Al Insaf 20/10/2010
Download/Dengar Di Sini
Semoga mendapat pertambahan ilmu..
Kuliah Surau Al Insaf 15/10/2010
Download/Dengar Di Sini
Semoga mendapat pertambahan ilmu..
Kuliah Surau Al Insaf 11/10/2010
Download/Dengar Di Sini
Semoga mendapat pertambahan ilmu..
Kuliah Surau Al Insaf 07/10/2010
Download/Dengar Di Sini
Semoga mendapat pertambahan ilmu..
Kuliah Surau Al Insaf 06/10/2010
Download/Dengar Di Sini
Semoga mendapat pertambahan ilmu..
Kuliah Surau Al Insaf 04/10/2010
Kuliah Surau Al Insaf 30/09/2010
Download/Dengar Di Sini
Semoga mendapat pertambahan ilmu..
Kuliah Surau Al Insaf 28/09/2010
Download/Dengar Di Sini
Semoga mendapat pertambahan ilmu..
Kuliah Surau Al Insaf 27/09/2010
Download/Dengar Di Sini
Semoga mendapat pertambahan ilmu..
Kuliah Surau Al Insaf 22/09/2010
Download/Dengar Di Sini
Semoga mendapat pertambahan ilmu..
Kuliah Surau Al Insaf 21/09/2010
Download/Dengar Di Sini
Semoga mendapat pertambahan ilmu..
Kuliah Surau Al Insaf 07/09/2010
Download/Dengar Di Sini
Semoga mendapat pertambahan ilmu..
Sunday, January 16, 2011
Pentingnya Ilmu
Insyaallah mulai dari sekarang, Admin Surau Al Insaf akan uploadkan ceramah yang diadakan di Surau Al Insaf Menara Maybank di dalam blog ini. Dan Admin juga akan memberitahu aktiviti aktiviti yang dianjurkan di Surau Al Insaf di dalam blog ini Jadi sentiasalah jenguk blog ini.
Akhir kata, selamat melayari blog Surau Al Insaf dan semoga ianya memberi manafaat kepada kita semua. Insyaallah.
Wassalam
Kuliah Surau Al Insaf 06/09/2010
Download/Dengar Di Sini
Semoga mendapat pertambahan ilmu..
Saturday, January 15, 2011
Kuliah Surau Al Insaf 24/11/2010
Solat 2 Dalam 1
Ni Kuliah penuh oleh Ustaz Ramadhan pada 24 November 2010
Tafsir Surah Alam Nasyrah
Sila download, semoga menjadi pedoman untuk kita.
KITA BERTANYA.... ALLAH MENJAWAB...
Kita bertanya: Kenapa aku diuji?
Quran menjawab, "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan."Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." (Surah al-Ankabut: 2-3)
Kita bertanya: Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?
Quran menjawab, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah al-Baqarah: 216)
Kita bertanya: Kenapa ujian seberat ini?
Quran menjawab, "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Surah al-Baqarah: 286)
Kita bertanya: Kenapa kita rasa kecewa?
Quran menjawab, "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Surah Ali Imran: 139)
Kita bertanya: Bagaimana harus aku menghadapinya?
Quran menjawab, "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk." (Surah al-Baqarah: 45)
Kita bertanya: Kepada siapakah harus aku berharap?
Quran menjawab, "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepadaNya aku bertawakal." (Surah at-Taubah: 129)
Kita bertanya: Apa yang aku dapat daripada semua ujian ini?
Quran menjawab, "Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka." (Surah at-Taubah: 111)
Kita berkata: Aku sedih!
Quran menjawab, "Dan demikianlah keadaan hari-hari (kejayaan dan kesedihan) Kami pergilirkan di antara manusia (supaya menjadi pengajaran)." (Surah Ali Imran: 140)
Kita berkata: Aku tak tahan!
Quran menjawab, "...dan janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf: 87)
Kita berkata: Sampai bilakah aku akan merana begini?
Quran menjawab, "Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." (Surah al-Insyirah: 5-6)
Orang yang paling kuat sebenarnya adalah orang yang sabar. Tanpa kesabaran yang ditunjangi akal waras dan iman kental, kita pasti tidak dapat bangkit apabila menerima pukulan takdir. Walhal sesuatu bala itu juga nikmat buat kita, hambaNya. Tegal di sebalik musibah yang menimpa, jarang sekali kita mengintai hikmahnya.
Oleh itu teman, selalulah berdamping dengan Al-Quran dan bedahlah Al-Quran untuk kita mengetahui dan menguasai ilmu Al-Quran.
Friday, January 14, 2011
KEBURUKAN AMALAN KHURAFAT
Marilah kita meningkatkan ketakwaan kita ke hadrat Allah swt dengan mengerjakan segala suruhannya dan meninggalkan segala larangannya. Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan orang-orang yang mendapat perlindungan pada hari pembalasan kelak.
Muslimin yang dirahmati Allah sekalian,
Satu fakta yang tidak boleh dinafikan ialah bahawa umat Islam dewasa ini masih lagi di belenggu dengan amalan khurafat dan 'tahyul' samada secara sedar atau tidak. Sebagai amalan karut-marut ini di lakukan dengan anggapan boleh menolak bala dan menghapuskan dosa. Ini ternyata bertentangan dengan ingatan Rasulullah saw melalui sabdanya :
(Hadis riwayat Bukhari).
Bermaksud : " Tiada jangkitan, tiada sial, tiada kemudaratan burung hantu, tiada bala bencana bulan Safar, dan larilah engkau dari orang yang berpenyakit kusta seperti engkau lari dari singa."
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
'Khurafat' bermaksud mempercayai sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam yang di bawa oleh Rasulullah saw. Ia tiada nas dan sandaran yang nyata dan lebih merupakan telahan atau pandangan yang tidak berpijak di bumi yang nyata. Akal yang waras tidak boleh menerima hakikat ini, kerana setiap fitrah dan tabii'e telah di tentukan oleh Allah, malah ia sering di kaitkan dengan kerja-kerja syaitan, untuk memperdaya dan menyesatkan manusia ke arah kemungkaran dan berpaling dari petunjuk Allah yang benar dan lurus.
Firman Allah swt di dalam surah Al-Baqarah ayat 268 :
Bermaksud : " Syaitan itu menjanjikan kepada kamu kefakiran dan menyuruh kamu kepada kejahatan, tetapi Allah menjanjikan kamu dengan keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaan, dan ingatlah, Allah Maha Luas limpah rahmatnya, lagi sentiasa meliputi pengetahuanNya."
Kalau di zaman Jahiliyah, mereka yang hendak bermusafir akan melepaskan seekor burung. Apabila burung itu terbang ke atas atau ke kanan, maka ia akan membawa alamat baik, tetapi jika ia terbang ke kiri atau ke bawah, maka mereka akan menangguhkan pemergian, kerana di takuti bala akan turun. Maka masyarakat kita lebih hebat lagi, apabila burung hantu berbunyi pada malam hari jumaat, kita di larang membuat bising atau menyahut bunyian itu, kerana sesiapa yang melakukannya, pasti akan meninggal dunia esok hari, malahan kita masih lagi menyebut : "Tabik Datuk, cucu-cicit tumpang lalu". Apabila melalui kawasan hutan yang sunyi dan gelap, berpokok besar dan objek-objek yang menggerunkan. Keadaan ini jelas bertentangan dengan hukum Islam dan boleh membawa kepada Syirik kepada Allah, kerana percaya selain daripada Allah. Firman Allah di dalam surah Al-A'raaf ayat 131 :
Bermaksud: " (Allah berfirman), ketahuilah, sesungguhnya nahas dan malang mereka itu hanya di tetapkan di sisi Allah, akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui."
Sidang jumaat yang dihormati sekalian,
Satu lagi amalan dan kepercayaan 'khurafat' yang masih berlaku khususnya di kalangan orang-orang tua ialah tidak mahu mengadakan majlis perkahwinan dalam bulan Safar, kerana berpendapat dan mempercayai bahawa kedua-dua pengantin tidak akan mendapat zuriat dan jodohnya tidak panjang. Ini nyata bercanggah dengan hukum Islam dan boleh menyebabkan rosak akidah. Sesungguhnya ajal maut, jodoh pertemuan segalanya adalah ketentuan Allah. Sebenarnya nahas dan bala bencana tidak berlaku hanya pada bulan Safar. Firman Allah di dalam surah At-Taubah ayat 51 :
Bermaksud: " Katakanlah (wahai Muhammad) tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah di tetapkan oleh Allah bagi kami. Dialah pengawal yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu), maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal."
Islam amat melarang keras umatnya percaya kepada 'khurafat',kerana ia menjejaskan kegiatan sosial, ekonomi umat Islam. Ia akan melahirkan budaya malas berusaha, minda menjadi jumud, kegiatan ekonomi terbantut, mudah berputus asa, tidak bertawakal kepada Allah serta menjejaskan dinamika serta martabat Islam yang Syumul. Apabila percaya kepada makhluk lain selain Allah, maka kita sudah hilang kepercayaan kepada rukun Islam keenam iaitu qada' dan qadar Allah swt.
Malah, kesan paling besar yang akan di hadapi oleh umat Islam apabila mempercayai perkara khurafat ini ialah ia akan menjerumuskan umat Islam ke lembah kekufuran dan kesyirikan. Mensyirikkan Allah bererti kita mengiktiraf adanya makhluk lain yang serupa dengan Allah, sedangkan Allah tidak menyerupai mana-mana makhluk sekalipun.
Sidang jumaat yang dihormati sekalin,
Satu lagi perkara 'khurafat' yang masih wujud dalam zaman milineum ini ialah percaya kepada bala yang akan menimpa jika tiak mengambil tindakan terhadap surat berantai yang di namakan wasiat Sheikh Ahmad. Sheikh Ahmad penjaga makam Rasulullah saw, mendakwa telah di datangi Rasulullah saw dalam mimpinya menceritakan bahawa ..., 6 umat Islam mati, tetapi tiada yang masuk syurga. Antaranya, isteri yang tidak patuh kepada suami, orang kaya tidak membantu si miskin, orang yang meninggalkan ajaran agama. Beliau lalu berpesan agar menyebarkan surat tersebut sebanyak 30 salinan kepada umat Islam, dan sesiapa yang ingkar akan di timpa bala.
Majlis fatwa Kebangsaan pada tahun 1978 telah memutuskan menyebarkan surat ini termasuk dalam perkara menyekutukan Allah swt dengan syirik yang amat besar (syirik kubra'), mempermainkan Rasulullah, menyebar dengan niat tidak baik, menjadikan kekeliruan di kalangan umat Islam, sesiapa yang melakukannya boleh jatuh murtad, melainkan ia bertaubat dan menarik balik perbuatannya, terhadap sesiapa yang ia telah mengirim risalah tersebut Berdasarkan siasatan, di dapati surat ini ditulis oleh seorang paderi kristian dari St. Antonia USA. pada tahun 1975.
Oleh itu, di kesempatan ini saya menyeru kepada seluruh umat Islam yang hadir pada hari ini, bahawa sesiapa sahaja yang menerima surat berantai ini hendaklah mengabaikannya. Kalau dahulu surat surat ini dihantar melalui pos, maka dalam era teknologi ini, ia dikirim dalam bentuk e-mel melaui komputer yang ada di rumah kita. Sesiapa yang menerima dalam bentuk surat, maka hendaklah membakarnya. Manakala yang dihantar melalui komputer, hendaklah memusnahkannya.
Sidang jumaat yang dihormati sekalian,
'Khurafat' yang masih membelenggu kita adalah kerana akidah yang tidak mantap dan kefahaman tentang hukum-hakam Islam yang tipis. Sebagai seorang Islam, kita sewajarnya meminta sesuatu kepada Allah sebagai tempat pergantungan kita. Perkara-perkara ini hanya boleh di banteras jika kita berpegang teguh kepada ajaran Islam. Kita kembali menjadikan Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai rujukan dalam segala tindakan. Sekiranya sesuatu amalan itu tidak bertentangan dengan syariat, maka haruslah di lakukan.
Mengamalkan amalan khurafat memang tiada memberi manfaat, malah lebih menjuruskan kepada perkara negatif. Agenda memantapkan akidah merupakan..... utama agar kita tidak terus berada di dalam kepompong kejahilan dengan menjadikan amalan khurafat sebagai pakaian harian. Apabila akidah sudah mantap, maka minda kita tidak mudah terpengaruh dengan unsur khurafat, minda masyarakat akan lebih terbuka. Berani merujuk kembali kepada sumber yang asal, mengolah dan menafsirnya semula. Ini merupakan jalan-jalan untuk mencerdaskan kembali minda umat Islam dan membebaskan diri dari segala belenggu fikrah yang lesu dan mati.
(Al-A'raaf: 33)
Bermaksud: " Katakanlah: Yang di haramkan Tuhanku, hanyalah segala yang keji, baik yang lahir mahupun yang batin, maksiat dan melampaui batas tanpa kebenaran dan kamu mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang tiada di beri keterangan kepadanya, dan kamu katakan kepada Allah sesuatu yang tiada kamu ketahui."
Mufti Jbtn Selangor
Thursday, January 13, 2011
Peristiwa Di Bulan Safar
Ada berbagai peristiwa yang berlaku di dalam bulan Safar. Diantara peristiwa penting yang berlaku di zaman Rasulullah s.a.w dan wajar dikenang oleh kita ialah;
- Persidangan Darul-Nadwah Persidangan Darul-Nadwah adalah persidangan yang dianjurkan oleh pihak Musyrikin Jahiliah yang terdiri dari berbagai-bagai kabilah di Mekah. Persidangan ini dianjurkan khas untuk menyekat, menekan dan melumpuhkan terus pengaruh dan dakwah Rasullullah saw.
Persidangan ini dipengerusikan oleh Abu Jahal dan dihadiri juga oleh Iblis yang menyamar sebagai seorang tua dari Najad. Keputusan dari persidangan ini ialah Rasulullah saw dijatuhi hukum bunuh dan setiap kabilah hendaklah menghantar seorang wakil yang terdiri dari pemuda yang paling gagah untuk sama-sama membunuh Rasulullah saw.
Oleh itu keluarga Rasullullah saw dari kabilah Bani Abdul Manaf tidak akan mampu untuk membalas dendam terhadap semua kabilah-kabilah yang terlibat dalam pakatan pembunuhan itu. Maka Allah ta'ala telah memerintahkan Rasullullah saw keluar berhijrah dari Mekah ke Madinah.
Ada pendapat yang mengatakan bahawa Rasulullah mula keluar dari rumahnya pada waktu malam di akhir bulan Safar dan pendapat yang lebih masyhur mengatakan bahawa Rasulullah mula keluar dari rumahnya pada bulan Rabi'ul Awwal setelah 13 tahun berdakwah di Mekah. - Rasullullah Mula Sakit Satu lagi peristiwa penting yang berlaku di bulan Safar ini ialah pada akhir bulan ini setelah kembalinya Rasullullah dari mengerjakan Haji Wida' (haji terakhir Rasullullah saw) beliau mula ditimpa sakit.
Beliau wafat pada 12 Rabi'ul Awwal tahun 11 Hijriah. Rasullullah mula merasai sakit yang berat sewaktu beliau di rumah isterinya Saidatina Maimunah r.a.
Beliau telah memanggil kesemua isteri-isterinya yang lain untuk meminta izin agar beliau dibenarkan diam di rumah Saidatina Aisyah r.a dan beliau telah wafat di rumah Saidatina Aisyah r.a
Wednesday, January 12, 2011
TIADA SIAL DALAM BULAN SAFAR
Dalam lipatan sejarah Islam, bulan Safar juga mencatatkan berbagai-bagai peristiwa besar dan penting yang sewajarnya menjadi bahan renungan bersama setiap Muslim dalam kehidupan seharian. Di antara peristiwa penting tersebut ialah pernikahan Rasulullah dengan Khadijah binti Khuwailid. Ia berlaku sebelum Nabi dilantik menjadi Rasul. Bulan safar juga menyaksikan kebenaran berperang yang berlaku pada tahun ke-2 Hijrah. Peperangan pertama yang disertai Rasulullah adalah Wudan atau Abwa’ bagi menentang kekufuran. Seterusnya, peperangan Bi’r Ma’unah juga berlaku pada tahun ke-4 Hijrah, di bawah pimpinan al-Munzir bin ‘Amr As Sa’idi yang ditugaskan untuk berdakwah dan mengajar agama Islam dan al-Quran kepada Bani ‘Amir. Peperangan ini disertai 40 orang sahabat Rasulullah.
Selain itu, bulan Safar telah mencatatkan tragedi al-Raji’. Peristiwa ini berlaku pada tahun ke-3 Hijrah atau ke-4 H yang melibatkan seramai tujuh sahabat baginda diutus bagi mengajar agama Islam kepada kaum ‘Udal dan al-Qarah, tetapi mereka mengkhianati perutusan itu dengan melakukan serangan hendap di sebuah tempat persinggahan bernama al-Raji’ di daerah ‘Usfan (kawasan antara Makkah dan Madinah). Di antara sahabat menyertai perutusan itu adalah Khubaib bin ‘Adi, Marthad bin Abi Marthad al-Ghanawiy, ‘Asim bin Thabit dan Zaid bin al-Dathanah. Semua sahabat telah dibunuh di tempat serangan kecuali Khubaib bin ‘Adi yang dibawa ke Makkah dan dibunuh di sana. Beliau adalah orang yang pertama menunaikan solat dua rakaat sunat sebelum dibunuh yang kemudiannya menjadi ikutan sunnah.
Pembukaan Khaibar (kubu orang Yahudi) juga berlaku pada bulan Safar tahun ke-7 Hijrah dengan turut disertai 20 sahabat wanita antaranya Ummu Salamah, Safiyah binti Abd Mutallib dan Ummu Aiman. Di dalam peperangan tersebut, seramai 15 sahabat gugur syahid manakala pada pihak Yahudi pula seramai 73 orang terbunuh.
Demikianlah di antara peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam bulan Safar dirakamkan oleh para sejarawan untuk dijadikan bahan pengajaran kepada umat Islam. Walaupun begitu, masih kedapatan sebahagian umat Islam terutamanya yang lemah akidah keimanan yang mempercayai kepada sempena baik atau prasangka buruk atau nahas terhadap bulan Safar ini, khususnya pada hari Rabu akhir bulan. Lebih malang lagi, mereka percaya bahawa dalam bulan Safar ini Allah akan menurunkan puluhan ribu bala yang akan menimpa ke atas umat manusia, sedangkan bala sentiasa berada di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja yang dikehendaki Allah.
Justeru berdasarkan kepercayaan karut tersebut, ada umat Islam yang telah menulis ayat-ayat tersebut iaitu ayat wifiq pada kertas atau pinggan mangkuk yang kemudiannya diletakkan di dalam tempayan atau kolam atau perigi atau seumpamanya untuk diminum atau bermandi manda dengan air tersebut kononnya untuk mendapatkan perlindungan daripada bala buruk pada hari tersebut.
Perlu ditegaskan bahawa kepercayaan karut yang seumpama itu adalah berpunca daripada amalan atau kepercayaan jahiliah yang amat dilarang Islam. Sehubungan itu, Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: Tidak ada penyakit berjangkit, tidak ada sempena (baik atau buruk) melalui burung-burung berterbangan, tidak ada sial pada burung hantu dan tidak ada nahas dalam bulan Safar. Hendaklah setiap daripada kamu melarikan diri daripada pesakit kusta sebagaimana kamu melarikan diri daripada singa yang bengis. (Hadis riwayat Bukhari)
Maksud hadis Rasulullah jelas menegaskan bahawa jangan sekali-kali umat Islam beriktikad penyakit yang berjangkit boleh memberi kesa dengan sendirinya atau sangkaan sial majal atau nahas bulan Safar itu berupaya memudaratkan kehidupan manusia. Sebaliknya apa juga peristiwa buruk atau baik, berjangkit atau tidak sesuatu penyakit itu kesemuanya adalah dari kekuasaan dan kehendak Allah belaka.
Dalam masa yang sama, Rasulullah juga berpesan kepada setiap Muslim agar mengambil langkah berwaspada semasa berhadapan dengan sesuatu musibah dengan memerintahkan supaya melarikan diri daripada pesakit kusta dan janganlah menghampiri mereka. Ini bukan bererti bahawa penyakit kusta tersebut boleh berjangkit dan memudaratkan orang ramai, sebaliknya larangan tersebut menyingkap suatu tindakan berjaga-jaga dan berusaha untuk memelihara diri daripada meletakkan diri ke kancah bahaya dan kemusnahan.
Bukankah Allah telah berfirman yang bermaksud: Belanjakanlah (apa yang ada padakamu) kerana (menegakkan) agama Allah dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan dan perelokkanlah perbuatan kamu kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya. (Surah al-Baqarah, ayat 195)
Berdasarkan keterangan nas-nas tersebut, nyatalah bahawa apa yang dipercayai dan diamalkan oleh sebahagian umat Islam selama ini iaitu kepercayaan bulan Safar adalah bulan nahas atau sial, burung hantu burung sial dan seumpamanya adalah suatu kepercayaan yang karut dan bertentangan dengan ajaran Islam.
Begitu juga upacara atau pesta mandi laut, bersukaria dengan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan tanpa batas dan sebagainya kononnya untuk mengelakkan diri daripada bala bulan Safar telah bertukar wajah sebagai pesta menambah dosa dan mencari bala kerana kadang-kadang ada yang mati lemas akibat kelalaian sendiri, malah ada yang tergamak melakukan perbuatan terkutuk di sisi syarak semasa pesta tersebut.
Selain itu, kedapatan juga orang tua di negara ini yang tidak mahu mengadakan majlis perkahwinan atau majlis keramaian pada bulan Safar kerana dikhuatiri pengantin nanti tidak akan mendapat zuriat atau tidak bahagia. Kepercayaan seperti itu jelas bercanggah dengan syariat Islam serta boleh menyebabkan rosaknya akidah. Dalam keadaan tertentu, ia boleh menyebabkan seseorang menjadi syirik kerana percaya kepada bulan, bukannya pada kuasa Allah.
Sebenarnya nahas atau bala bencana itu tidak berlaku hanya pada bulan Safar. Kepercayaan karut itu amat jelas ditolak dan dilarang dengan kerasnya oleh Islam. Allah berfirman bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad), tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jugalah hendaknya orang yang beriman bertawakal.” (Surah at-Taubah, ayat 51)
Sumber
Dr Engku Ahmad Zaki
http://blogs.udm.edu.my/drkuzaki/2008/02/11/tiada-sial-dalam-bulan-safar/