RAYUAN SUMBANGAN

RAYUAN SUMBANGAN

JADUAL KULIAH

KULIAH ZOHOR 02/02/2011 DISAMPAIKAN OLEH:

KULIAH ZOHOR 02/02/2011 DISAMPAIKAN OLEH:
YB Ustaz Khalil Idham Lim

CERAMAH KHAS MAULIDUR RASUL (ASAR) 11/02/2011 DISAMPAIKAN OLEH:

CERAMAH KHAS MAULIDUR RASUL (ASAR) 11/02/2011 DISAMPAIKAN OLEH:
Azmil Mustapha

TUAN GURU YANG MEMBERI TAZKIRAH DI SURAU AL INSAF

PENTING

Thursday, January 29, 2009

JAWAPAN ALLAH KEPADA PERSOALAN SEPANJANG HIDUP KITA

ADAKAH AKU SUDAH DIKIRA BERIMAN ?"
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;"Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."(Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, danboleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."(Surah Al-Baqarah ayat 216)KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN INI ?"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengankesanggupannya."(Surah Al-Baqarah ayat 286)

RASA FRUST ? TENSION ? LEMAH SEMANGAT ?
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."(Surah Al-Imran ayat 139)

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segalakesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dankuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medanperjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya mencapai kemenangan)."(Surah Al-Imran ayat 200)"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar danmengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"(Surah Al-Baqarah ayat 45)

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta merekadengan memberikan syurga utk mereka... ..(Surah At-Taubah ayat 111)

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. HanyakepadaNya aku bertawakkal."(Surah At-Taubah ayat 129)

ARGHHH AKU TAK TAHAN !!! AKU DAH BOSAN !!
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnyatiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."(Surah Yusuf ayat 12)"

RENUNG DAN REDHALAH TERHADAP KETENTUAN ALLAH.
"Janganlah kamu lihat siapa yang berkata tetapi lihat apa yangdikatakannya..S.Ali ra.

Arkib Surau Al Insaf