Assalamualaikum,
Alhamdulillah Saudara Johari Ismail, Pengerusi Surau Al-Insaf merangkap Timbalan Yang Di Pertua Persatuan Kakitangan Islam Malayan Banking (PKIMB) telah berangkat ke Doha pada pagi ini (25/01/2009) dalam misi bantuan ke Palestine.
Bagi kami, kami amat berbangga dengan beliau kerana beliau memang seorang yang beristiqamah dalam perjuangan. Bukan senang meninggalkan keluarga di sini untuk menyahut semboyan perjuangan. Ini bukanlah kali pertama beliau meninggalkan keluarga dalam misi bantuan ke luar negara, bahkan sebelum ini beliau juga pernah mengikuti misi bantuan ke Acheh sewaktu Acheh dilanda Tsunami.
Kepada saudara Johari, diharapkan agar saudara meneruskan perjuangan ini. Insyaallah, Allah akan memberi ganjaran yang sewajarnya untuk anta.
Kepada jemaah Surau Al Insaf khasnya dan kepada muslimin dan muslimat diluar, apakah tanggungjawab kita? Adakah cukup sekadar kita melihat sahaja sahabat kita berjuang seorang diri? Apa yang dilakukan oleh beliau, bukanlah sesuatu perkara yang senang. Berapa ramaikah orang yang sanggup melakukan perkara seperti yang dilakukan oleh sahabat ini. Sekurang-kurangnya kita panjatkanlah doa agar beliau berada sidalam keadaan selamat sewaktu menyertai misi ini dan dalam memastikan bahawa bantuan yang bakal disumbangkan akan sampai ke tangan mangsa mangsa yang sepatutnya menerima bantuan tersebut tanpa sebarang masalah.
Akhir sekali, kepada semua muslimin dan muslimat sekalian, jangan fikirkan apa yang Islam boleh sumbangkan untuk kita, sebaliknya kita mesti fikirkan, apa yang kita boleh sumbangkan untuk Islam. Kepada Saudara Johari, teruskan perjuanganmu. Insyaallah kami akan sentiasa bersamamu.
~admin~