PENGERTIAN SAFAR
Dari segi bahasanya Safar membawa erti kosong dan dari segi istilahnya bulan Safar membawa erti bulan di mana orang-orang arab di zaman Jahiliah keluar rumah untuk berperang setelah bebas dari bulan-bulan haram yang diharamkan berperang.
Setelah kedatangan Islam, Rasullullah mengekalkan nama bulan ini dengan nama bulan Safar sehinggalah ke hari ini.
PERISTIWA PENTING DI BULAN SAFAR
Peperangan Al-Mazar (12 Hijrah)
Peperangan Al-Mazar semakin melemahkan Parsi: Peperangan ini berlaku pada bulan Safar tahun 12 Hijrah. Oleh kerana peperangan Zat As-Salasil yang menyebabkan berlaku pembunuhan panglima perang Parsi dianggap tidak memadai untuk mengecewakan maharaja Parsi, lalu peperangan Al-Miazar dicetuskan sebagai peperangan tambahan bagi melemahkan lagi kekuatan tentera Parsi. Khalid bin Al-Walid r.a memimpin tentera Islam: Di dalam bulan inilah tentera Islam yang dipimpin oleh panglima perang yang agung iaitu Khalid bin Al-Walid bertempur dengan tentera Parsi yang mempunyai bilangan yang ramai, dipimpin oleh seorang panglima yang bergelar (Qorin). Sebahagian besar tentera Parsi terkorban: Di dalam peperangan Al-Mazar ini tentera Parsi berjaya dikalahkan, malah mereka terpaksa mengorbankan seramai 30,000 tentera.
Kewafatan Solahuddin Al-Ayubi (589 Hijrah)
Penyakit yang menyerang Solahuddin: Selepas enam bulan berlakunya perjanjian Sulhu Ar-Ramlah di antara Solahuddin dengan Richard yang mendapat gelaran 'Hati Singa', Solahuddin diserang oleh penyakit demam panas sehingga membawa kepada kewafatannya setelah menjangkau usia 57 tahun.
Pengebumian beliau: Kewafatan Solahuddin berlaku pada bulan Safar tahun 589 Hijrah dan dikuburkan di Damsyik (di dalam Madrasah Mujahiduddin) dengan meninggalkan seramai 17 anak lelaki. Di antara mereka ada yang menjadi Khalifah, iaitu; Al-Aziz Othman (Al-Aziz Billah) merupakan anaknya yang paling kecil sebagai raja Mesir, kedua anaknya yang bernama Al-Afdhal sebagai raja Damsyik dan anaknya yang bernama Al-Muzaffar Ghazi sebagai raja ke atas negeri Halab (Syiria)
Jasa baik beliau: Dikira Solahuddin Al-Ayubi yang dilahirkan di dalam Kota Takrit tahun 532 Hijrah salah seorang pemerintah umat Islam yang paling bertakwa serta mempunyai keperibadian yang tinggi. Menyayangi umat Islam, memuliakan ulama, menyatukan suara umat Islam, menjaga peradaban mereka, mengalahkan musuh umat Islam, mengembalikan Baitulmuqaddis dari kekuasaan As-Solibiyyun ke tangan umat Islam. Oleh yang demikian segala sumbangan yang agung ini terpahat di setiap hati-hati dan pemikiran umat Islam disebabkan adanya ikatan dengan keagungan perbuatan.
Pembukaan Madain (14 Hijrah)
Saad bin Abi Waqqas pergi ke Madain: Setelah sampai sahaja Saad bin Abi Waqqas bersama kekuatan tentera Islam di bumi Maharaja Parsi, lalu beliau bersama tenteranya yang mendapat kemenangan di Al-Qadisiah menuju ke ibu negara Parsi yang bernama Madain. Bandar ini adalah sebuah bandar yang besar yang menjadi mercu tanda kebesaran dan keangkuhan Raja Parsi dan yang menjadi tempat tinggal raja-raja mereka zaman berzaman. Keruntuhan benteng Parsi yang terakhir : Setelah tentera Islam berjaya mengalahkan saki baki kekuatan Parsi yang mengawal Madain, lalu Saad memasuki bandar Madain dan membersihkan musuh-musuh yang masih menentang, seterusnya beliau menghimpunkan tenteranya di dalam Istana Raja Kisra. Istana tersebut merupakan salah satu tanda atau lambang kekuasaan Maharaja Parsi yang mendapat kawalan yang begitu ketat dan dengan kejatuhan Madain itu, maka berakhirlah lembaran sejarah hitam yang mencengkam kehidupan manusia di bawah kekuasaan zalim.
Peperangan Alis (12 Hijrah)
Kekalahan teruk yang di alami oleh tentera Parsi: Belum lagi keletihan yang di alami oleh tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid bin Al-Walid hilang di dalam peperangan Al-Mazar, mereka telah memasuki satu peperangan lain melawan tentera Parsi yang besar di akhir bulan Safar. Di dalam peperangan ini sekali lagi tentera Parsi terpaksa mengalami kerugian yang besar walaupun mereka membekalkan dengan kekuatan ketenteraan yang begitu ramai, di mana mereka terpaksa mengorbankan sejumlah 70,000 tentera. Perancangan Islam bagi menghadapi tentera Parsi: Boleh di katakan kesemua peperangan yang dilancarkan oleh tentera Islam bagi menghadapi kekuatan tentera Parsi adalah di dahului dengan perancangan yang halus, iaitu selama mana musuh menggunakan kekuatan tentera yang cukup besar, maka peperangan secara bertalu-talu digunakan dalam tempoh waktu yang lama. Di mana tentera Islam menunggu pihak musuh menjadi lemah akibat kerosakan dan penderitaan semasa perang, sehinggalah serangan secara menyeluruh dapat dilakukan dan mencapai kemenangan. Suasana ini dirasai oleh tentera Parsi apabila mereka menanggung kekalahan di dalam peperangan Al-Qadisiah pada tahun 14 Hijrah