RAYUAN SUMBANGAN

RAYUAN SUMBANGAN

JADUAL KULIAH

KULIAH ZOHOR 02/02/2011 DISAMPAIKAN OLEH:

KULIAH ZOHOR 02/02/2011 DISAMPAIKAN OLEH:
YB Ustaz Khalil Idham Lim

CERAMAH KHAS MAULIDUR RASUL (ASAR) 11/02/2011 DISAMPAIKAN OLEH:

CERAMAH KHAS MAULIDUR RASUL (ASAR) 11/02/2011 DISAMPAIKAN OLEH:
Azmil Mustapha

TUAN GURU YANG MEMBERI TAZKIRAH DI SURAU AL INSAF

PENTING

Thursday, May 21, 2009

PERISTIWA PENTING BULAN JAMADIL AKHIR

InysaAllah kita akan menyambut Bulan Jamadil Akhir dalam masa beberapa hari lagi. Suatu peringatan untuk semua, adakah puasa yang ditinggalkan pada tahun lepas akibat dari keuzuran telah diqadha'. Kalau belum diqadha', segeralah qadha' kerana kita hanya tinggal 3 bulan sahaja lagi sebelum kedatangan Ramadhan Al Mubaraq . Janganlah nanti bila masuk Ramadhan, kita tak sempat menqadhakan semua puasa kita.

Sempena bulan Jamadil Akhir menjelma disenaraikan peristiwa penting dibulan ini. Antaranya ialah:-

Peperangan Zi Qarad adalah peristiwa penting yang berlaku pada Jamadilakhir, bulan dalam kalendar Islam sekarang.

Kehebatan tentera Islam pada zaman Rasulullah juga tercatat dalam Peperangan Yarmuk pada tahun ke-13 Hijrah antara tentera Rom dan Islam.

Tentera Rom disertai lebih 100,000 orang kalah kepada tentera Islam yang hanya 30,000 orang dalam peperangan itu.

Tentera Islam dipimpin oleh Khalid bin Al Walid dan Abu `Ubaidah.

Kemenangan berpihak kepada tentera Islam. Ada pandangan yang mengatakan peperangan itu berlaku pada Rejab tahun ke-15 Hijrah.

Peristiwa penting lain dalam Jamadilakhir :-

- Peperangan Al Jamal yang berlaku di luar kota Basrah, Iraq pada 10 Jamadilakhir tahun ke-36 Hijrah antara Amir Al Mu'minin Ali bin Abi Talib.

Peperangan ini disertai beberapa sahabat antaranya `Ammar bin Yasir dan Abdullah bin Al Abbas. Dalam peperangan itu mereka menghadapi kumpulan yang diketuai oleh `Aisyah binti Abi Bakar, Talhah bin Ubaidillah dan Az Zubair bin Al `Awwam yang menuntut supaya khalifah menjalankan penyiasatan dan pembelaan terhadap pembunuhan Usman bin Affan.

Peperangan itu dimenangi oleh tentera Ali bin Abi Talib. Ada pendapat yang mengatakan bahawa peperangan itu berlaku pada Jamadilawal.


Arkib Surau Al Insaf