RAYUAN SUMBANGAN

RAYUAN SUMBANGAN

JADUAL KULIAH

KULIAH ZOHOR 02/02/2011 DISAMPAIKAN OLEH:

KULIAH ZOHOR 02/02/2011 DISAMPAIKAN OLEH:
YB Ustaz Khalil Idham Lim

CERAMAH KHAS MAULIDUR RASUL (ASAR) 11/02/2011 DISAMPAIKAN OLEH:

CERAMAH KHAS MAULIDUR RASUL (ASAR) 11/02/2011 DISAMPAIKAN OLEH:
Azmil Mustapha

TUAN GURU YANG MEMBERI TAZKIRAH DI SURAU AL INSAF

PENTING

Showing posts with label Renungan. Show all posts
Showing posts with label Renungan. Show all posts

Tuesday, September 15, 2009

MUHASABAH DI AKHIR RAMADAN

Oleh: Mohd Hilmi bin Ramli
Setiausaha Agung
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia

Nabi Muhammad saw tidak pernah meninggalkan amalan iktikaf ini sehinggalah beliau wafat. Mengenai kelebihan iktikaf, menurut hadis Nabi,” Sesiapa yang beriktikaf satu hari kerana mencari reda Allah, DIA akan menjadikan antara dirinya dan api neraka sejarak tiga buah parit. Jarak antara setiap satu parit itu lebih jauh daripada jarak antara dua mata angin” (At-Tabrani dan Hakim). Oleh itu, kempen iktikaf di akhir Ramadan ini perlu diperhebatkan di kalangan umat.

Sekarang kita sudah berada di sepuluh hari terakhir dalam bulan Ramadan. Sesungguhnya inilah
peluang terbaik untuk umat Islam memperbaiki amalan mereka dan meningkat nilai takwa mereka. Akan tetapi, jika kita perhatikan dalam masyarakat kita, apakah benar- benar umat Islam di sekeliling kita mengambil manfaat daripada ganjaran yang telah dijanjikan ini? Secara umum, bulan Ramadan ialah bulan yang penuh barakah dan rahmat.

Barangsiapa yang benar- benar mengkhususkan bulan Ramadan ini untuk memperbaiki diri sendiri dan meningkat takwa, akan diperolehi apa yang dihajatinya. Ini terbukti dalam satu Hadis Nabi Muhammad Sallallhu’alaihi Wassalam yang berbunyi,
” Barangsiapa yang mendirikan Ramadan dengan keimanan dan mengharapkan balasan Allah, akan diampuni dosa-dosa yang sebelumnya”. Malahan ada ulama yang membuat perumpamaan tentang bulan Ramadan ini dengan menceritakan Ramadan ibarat sebuah nahkoda besar yang melabuh di sebuah pulau, dan di dalam nahkoda itu sarat dengan khazanah yang bernilai tinggi seperti emas, permata, intan dan sebagainya, termasuk sumber makanan yang banyak. Nahkoda itu berlabuh di pulau itu sekadar satu bulan sahaja.

Maka si pengemudi nahkoda mengumumkan kepada penduduk pulau itu bahawa ambillah apa sahaja yang kamu mahu daripada nahkoda itu, kerana ia akan belayar kembali dalam tempoh sebulan. Maka, apabila sudah dibuat tawaran emas seperti itu, ramai yang terbondong- bondong mengambil khazanah yang bernilai tinggi itu. Namun demikian, sudah pasti juga ada yang mengambil sikap berkecuali dalam tawaran itu.

Golongan ini tidak mengambil berat dengan ganjaran yang ditawarkan itu. Mereka masih meneruskan kegiatan tradisi mereka seperti bermain dam haji, berlepak, bersembang dan sebagainya yang tidak mendatangkan faedah. Dalam konteks hari ini, perumpaan ini terjadi dalam masyarakat kita. Apakan tidak, jika kita perhatikan dalam sumber Al- Quran dan Hadis, banyak menceritakan tentang kelebihan bulan Ramadan ini. Apatahlagi ketika sepuluh malam terakhir ini. Di dalam surah Al- Qadr, apabila diberitahukan akan datang satu malam yang dinamakan ‘Malam Qadar’ yang meyamai seribu bulan. Seribu bulan bersamaan dengan lebih kurang 84 tahun. Sesungguhnya inilah kelebihan yang telah diberikan oleh Allah kepada umat akhir zaman yang tidak diperolehi oleh umat- umat sebelumnya.

Ketika sepuluh malam terakhir kita disunatkan untuk beriktikaf di masjid dan membanyakkan amalan membaca Al- Quran, mendirikan solat sunat, berzikir dan sebagainya. Iktikaf bermaksud, mendiami atau menetap di masjid dengan cara tertentu. Iktikaf merupakan salah satu ibadat yang ditunjukkan oleh Nabi Muhamad saw. Dalam satu hadis, “Nabi saw selalu beriktikaf pada sepuluh akhir Ramadan sehinggalah baginda wafat. Kemudian isteri- isteri baginda pula beriktikaf selepas kewafatan baginda” (Riwatat Bukhari dan Muslim).

Nabi Muhammad saw tidak pernah meninggalkan amalan iktikaf ini sehinggalah beliau wafat. Mengenai kelebihan iktikaf, menurut hadis Nabi,” Sesiapa yang beriktikaf satu hari kerana mencari reda Allah, DIA akan menjadikan antara dirinya dan api neraka sejarak tiga buah parit. Jarak antara setiap satu parit itu lebih jauh daripada jarak antara dua mata angin” (At-Tabrani dan Hakim) Malah, kesempatan beriktikaf itu ialah untuk mencari malam Qadr yang dijanjikan dengan ibadah seperti seribu bulan. Seharusnya apabila kita mengetahui akan kelebihan bulan Ramadan ini, kita berbondong- bondong untuk mengambil ganjaran dan meningkatkan amalan kita. Malah, dari sudut memberi kesedaran tentang pentingnya bulan Ramadan ini, media- media elektronik seperti TV, radio dan laman web yang Islami banyak membangkitkan tentang kelebihan bulan Ramadan ini.

Tidak dinafikan juga peranan media bukan elektronik seperti suratkhabar, risalah, artikel dan buku- buku yang ditulis mengenai Ramadan. Semua instrumen ini telah digerakan secara menyeluruh untuk membangkit kesedaran dan ghairah untuk beribadat dalam bulan Ramadan. Malah waktu bekerja dan sekolah juga diberi kelulusan untuk habis awal bagi memberi ruang untuk bersiap- siap ketika berbuka, terawih dan sebagainya.

Akan tetapi jika kita perhatikan keadaan masyarakat kita, apakah mereka ini benar- benar menghayati akan berkah dan rahmatnya bulan Ramadan ini. Pengalaman peribadi yang diperhatikan ialah, ada sesetengah di kalangan masyarakat yang sanggup mengekang mata untuk melihat siaran bola sepak di kaca TV di awal pagi.

Penulis merasakan mereka ini adalah golongan yang paling rugi ketika bulan Ramadan ini. Apakan tidak, ada juga yang malas untuk bangun malam ketika Ramadan akan tetapi sanggup membuat kerja lain yang kurang faedahnya.

Ini adalah sebilangan kecil contoh yang mengambarkan bahawa masih ada lagi golongan umat Islam kita yang tidak mengendahkan akan hadirnya bulan Ramadan. Para Sahabat Nabi saw pada suatu ketika amat rindu untuk ketemu dengan bulan Ramadan, dan apabila Ramadan berada di penghujungnya, mereka berduka nestapa yang amat sangat kerana takut- takut tidak dapat berjumpa lagi dengan bulan Ramadan.

Mengapa pentingnya kita mengingatkan golongan manusia yang tidak sedar ini akan betapa pentingnya kita mengambil peluang Ramadan ini dengan membanyakkan ibadah dan meningkat takwa kita.

Sebenarnya beberapa peristiwa seperti tsunami di Acheh, gempa bumi di Kahsmir, India dan Pakistan dan beberapa bencana alam termasuk ujian yang ditimpakan Allah kepada dapat memberi keinsafan kepada jiwa kita.

Muhammad Abduh menyentuh mengenai aturan moral yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasulnya, bahawa ianya adalah religious morality yang tidak ada bezanya dengan natural morality. Akal manusia sebenarnya dapat menerima kebenaran itu jika hadir di depannya, akan tetapi akibat ego, malah dan banyak sikap negatif menyebabkan nilai kebenaran itu diabaikan.

Sememangnya aturan moral yang ditetapkan oleh Allah dan Rasulnya ini mengenai Ramadan bakal mendatangkan kebaikan kepada manusia itu sendiri jika manusia itu benar-benar mengambil manfaat daripadanya.

Akhirnya, produk daripada madrasah Ramadan ini ialah untuk melahirkan manusia yang bertakwa di gelanggang masyarakat. Ini amat penting bagi masyarakat kita hari ini kerana nilai kebenaran dan kebaikan semakin luput di tengah masyarakat, akibat kepekatan hitam hati dan kepandiran diri tentang nilai baik yang dibawa oleh agama itu sendiri.

Sinar Ramadan: Menilai kualiti puasa pada akhir Ramadan

PADA hari penghujung Ramadan ini setiap Muslim sewajarnya bermuhasabah dan menilai diri terhadap ibadat puasa yang dilaksanakan. Persoalannya apakah ibadat puasa kali ini benar-benar mencapai matlamat ditetapkan Allah iaitu untuk melahirkan insan bertakwa? Apakah setiap Muslim dapat meraih darjat insan bertakwa dan akhirnya kembali kepada fitrah selepas sebulan penuh berpuasa Ramadan?

Perlu diinsafi bahawa nilai dalam ibadat puasa jika dapat digunakan dengan penuh istiqamah, ikhlas dan sabar pada bulan berikutnya, maka dia sudah melaksanakan ibadat puasa dengan sebaik-baiknya seperti diperintahkan Allah.

Dalam konteks ini, ibadat puasa adalah wahana terbaik ke arah perubahan dan reformasi secara menyeluruh dari aspek mental, jasmani dan rohani. Perubahan ini bukan hanya dapat dirasai orang perseorangan, malah sebuah keluarga, masyarakat mahupun negara secara kolektif.

Perubahan dan reformasi mental yang disasarkan oleh ibadat puasa adalah medan perjuangan bakal melahirkan peribadi cemerlang yang memiliki daya pemikiran tepat, bernas dan fleksibel dalam mendepani pelbagai cabaran dan rintangan.

Seorang Muslim yang berpuasa sudah terbentuk dalam kotak pemikirannya untuk memelihara adab berpuasa. Perkara ini penting supaya mereka tidak melakukan sesuatu yang mencacatkan kesempurnaan puasanya. Ibadat puasa juga mengajar seorang Muslim supaya bersifat jujur terhadap dirinya, di samping menginsafi pengawasan Allah terhadap segala gerak-geri dan tindak-tanduknya.

Selain itu, perubahan dan reformasi mental akan terpantul dalam konteks hubungan kemasyarakatan apabila wujudnya sifat kasih sayang, bantu membantu dan mengutamakan keperluan golongan susah dalam jiwa setiap Muslim yang berpuasa.

Dalam erti kata lain, ibadat puasa berfungsi menyatukan umat dalam naungan Islam, kembali kepada fitrah dan bersama berganding bahu memacu kegemilangan umat Islam.

Jelas bahawa ibadat puasa mengajar umat Islam pentingnya kesepaduan atau hubungan ukhuwah jitu sesama umat Islam, terutama kesedaran dalam membantu fakir miskin. Oleh itu, Islam amat menganjurkan umatnya agar memberikan sumbangan, derma, sedekah, zakat dan amalan sosial lainnya kepada golongan itu.

Dengan ini, puasa Ramadan bukan saja berupaya memantapkan hubungan kekeluargaan dan persaudaraan ummah sejagat, malah amalan sosial itu berperanan membebaskan umat Islam daripada kotoran jiwa berkaitan harta benda seperti tamakkan harta, kikir dan penyakit jiwa lain.

Saturday, June 6, 2009

The Ideal Muslim Husband

Most Muslim men would like to be ideal husbands. And most Muslim women would, no doubt, like to be married to one. But, for some reason, the men are not ideal husbands, and the women will almost surely admit that they didn't marry one. So, why the discrepancy between our sincere aspirations and reality? Is it an inability on the part of the man, an impossible goal; or is it perhaps that we do not even know what an ideal Muslim husband is?

Wrong Concept of an Ideal Husband

A look at the matrimonial section of an Islamic magazine will quickly demonstrate that many Muslim men and women do not know what an ideal Muslim husband is. Muslim men looking for wives advertise themselves as doctors, engineers, and financially secure. Muslim women appear to be on the lookout for an established professional or more likely a handsome MD. Rarely do Muslim men and women even mention character, religious convictions, and attitudes as a priority. At most, they might be mentioned as a sidebar. It seems that many of us believe that a man is an ideal Muslim husband if he is handsome, makes a lot of money, and comes from an influential family. And the divorce rate among Muslims continues to rise.

Standard of Judging an Ideal Husband

As Muslims, we must base our judgment on what makes an ideal Muslim husband on the guidance of Allah () and the example of Prophet Muhammad (SAWS), not on the standards of a TV sitcom, the culture in which we were born, or our own materialistic mentality.

First Characteristic of an
Un-Ideal Husband: Hot Temper

A major problem in some Muslim marriages unfortunately is the husband's hot temper and harsh behavior. Some even go so far as to abuse their wives. Dr. Quick gives a word of warning to these men who often come from cultures that teach them to be tough and macho. He says that there should be no violence between husband and wife and that Muslim men should not be the kind of tyrannical fathers whose children run away and hide when their father comes home. He says that we have to separate our non-Islamic cultures from Islam. The ideal Muslim husband will base his behavior on Islam, not on his Arab, American, or Pakistani culture.

Second Characteristic of an
Un-Ideal Husband: Egoistic

Another major problem in Muslim marriages is the husband's failure to consider his wife's opinions. In fact, Abdallah Idris Ali says that the failure of the Muslim Ummah as a whole has to do with our failure in practicing the concept of Shura (consultation). People think that they are right and others are wrong, he says. We will do much better if we consider the opinions of others and let them feel that they are a part of the decision-making process. Along the same lines, Dr. Quick points out that if a woman makes a true (haqq) point, the husband should submit to it. He should in no way reject a point just because it comes from a woman. Demonstrating the huge difference between the way the Prophet (SAWS) dealt with his wives and the way Muslim men deal with their wives today, Abdallah Idris Ali tells the story of the time when Prophet Muhammad (SAWS) was sleeping under one cover with his wife Ayesha, and he asked her permission to get up to pray.

Third Characteristic of an
Un-Ideal Husband: Unhelpful

The failure to help in the house and to help with the raising of the children are well-known weaknesses of husbands. The video makes it clear that Prophet Muhammad (SAWS) helped in the house, and Abdul Malik Mujahid says that a man cannot be an ideal Muslim husband, or even close to a good husband, if he leaves the responsibility of children completely to the mother. Khadija Haffagee tells the story of a father who took a three-month-old infant to pray with him and after the prayer did the 'tasbih" on the child's hand. This, she said, was training by the father. Dr. Quick warns that when training our children, we should be careful not to raise sons with a double standard where they have no household responsibilities. If we do, they will likely grow up with the attitude that they don't need to do this kind of work --- that they are above it.

Prophet: An Ideal Father

As a beautiful example of a healthy father-child relationship, Abdul Malik Mujahid tells the story of how the Prophet Muhammad (SAWS) used to stand up for his daughter Fatima, kiss her, and give her his seat when she came to him. This was in an age when people preferred sons and looked down on having daughters. With this simple act, the Prophet (SAWS) showed us how to express love and affection for our children --- an essential quality for an ideal Muslim husband.

An Ideal Ex-Husband

Being an ideal Muslim husband, however, goes even farther than the marriage, Dr. Quick points out. Even after a divorce, a Muslim husband must strive to be the best ex-husband. A husband shouldn't be Mr. Kindness in marriage and then treat his wife badly in divorce, Dr. Quick says. He must divorce her in the best manner with good treatment.

Tauladan Untuk Suami Isteri Yang Selalu Bergaduh

Sepasang suami isteri yang sudah menikah selama 7 tahun dan memiliki 3 orang anak, terlibat dalam sebuah pertengkaran hebat. Begitu hebatnya pertengkaran mereka, sampai akhirnya mereka memutuskan untuk bercerai, mengakhiri kehidupan rumah tangga mereka secepat mungkin.

Mereka menemui seorang peguam, untuk melangsungkan perundingan pembahagian harta sepencarian di antara mereka, perundingan berlangsung lancar dan akhirnya sebahagian besar masalah dapat diselesaikan, baik tanah, rumah, dan semua aset harta mereka dapat dibahagi dan mencapai kepuasan kedua belah pihak. Hanya satu hal tidak ditemukan jalan keluarnya, yaitu mengenai pembahagian anak [jangan lupa anak mereka tiga orang]. Baik si suami maupun si isteri, sama sama ingin mengasuh 2 anak, tidak ada yang mau mengalah, dan anak tidak mungkin dibelah dua seperti pada Zaman Nabi Sulaiman a.s. dulu.

Akhirnya mereka menemui seorang tokoh agama, meminta nasihat bagaimana jalan keluar yang harus ditempuh. Sang Imam akhirnya memberikan jalan keluar yang bijak, yaitu mereka diminta menunda perceraiannya selama satu tahun, mereka harus menambah satu orang anak selama satu tahun, bila Tuhan mengizinkan perceraian mereka, Tuhan akan memberikan tambahan satu anak, total menjadi 4 anak, sehingga mudah untuk dibahagi di antara mereka berdua.

Kerana si suami dan si isteri sangat serius untuk bercerai, mereka
mengambil keputusan berusaha keras untuk menambah anak, dan akhirnya mereka berhasil. Setahun kemudian, ketika Sang Imam berjalan jalan, beliau bertemu dengan pasangan suami isteri ini, sedang bergandingan tangan dengan mesra, sehingga Sang Imam bertanya, :
"Apakah Kalian tidak berhasil menambah anak sehingga kalian batal
bercerai?".
Sang Suami lalu menjawab : "Tuhan maha pengasih, Dia memberikan kami tambahan anak, tapi sekaligus juga memberikan isyarat agar kami saling memaafkan dan saling mengasihi, kami memutuskan untuk tidak bercerai".

"Bagaimana Tuhan memberikan isyaratNya?" , tanya Sang Imam.
"Tuhan memberikan kami tambahan anak, bukan satu anak, tapi dua anak,anak kembar !!".

Beberapa hikmah:


1.
Menunda tindakan negatif sering bermanfaat, apalagi ketika seseorang sedang dikuasai emosi. Ada baiknya jika kita sedang marah kita menunda sesuatu yang ingin kita lakukan. Betapa banyak penghuni penjara yang menyesal: mengapa ketika marah memukuli isteri/anak/ dsb sampai tewas....

2. Mampu mengendalikan marah [emosi] adalah kunci kebaikan, sehingga nabi saw menekankan laa taghdhab [jangan marah] kepada sahabatnya.

3. Kisah diatas menunjukkan kasih sayang Allah, tetapi ada yang lebih baik daripada kisah di atas yaitu pasangan suami isteri yang selalu berhasil meredam pertengkaran mereka. Mungkin keluar rumah meninggalkan isteri/suami yang marah untuk sebentar kemudian kembali membawa buah tangan/peralatan baru kesukaannya akan membuatnya tersenyum, meminta maaf dan berfikir betapa baiknya suaminya/isterinya.

4. Pertengkaran itu lumrah rumah tangga. Dengan pertengkaranlah membuat keharmonian semakin terasa nikmat. Orang bijaksana akan menikmati pertengkaran dan masa-masa setelahnya dengan tetap mengendalikan suasana agar tidak sampai keluar dari sunnah Nabi saw. Karena pertengkaran itu seperti api: sedikitnya bermanfaat tetapi besar dan luasnya membinasakan.

...sampaikanlah ilmu walaupun hanya satu ayat......
...muhasabahlah diri sendiri sebelum muhasabah diri orang lain........ ...

Sunday, May 31, 2009

Manusia yang didoakan oleh malaikat

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan. Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat.
Allah SWT berfirman, "Sebenarnya (malaikat-malaikat itu) adalah hamba-hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintah- Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang dihadapan mereka dan yang dibelakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa'at melainkan kepada orang - orang yang diredhai Allah, dan mereka selalu berhati-hati kerana takut kepada-Nya." (Surah Al Anbiyaa', ayat 26-28)
Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.
Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci." (hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/37)

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'" (Sahih Muslim no. 469)

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Imam Abu Dawud (dan Ibnu Khuzaimah) dari Barra' bin 'Azib r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan." (hadis ini di
sahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud I/130)

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Para Imam yaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf-saf." (hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/272)

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.


Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya, "Jika seorang imam membaca 'ghairil maghdhuubi 'alaihim waladh dhaalinn'...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), maka ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu." (Shahih Bukhari no. 782)

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: " Para malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat, selama ia belum batal wudhu'nya, (para malaikat) berkata, 'Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia.'" (Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir menshahihkan hadis ini)

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawaRasulullah SAW bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?" Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'" (Al Musnad no. 9140, hadis ini dishahihkan oleh Syaikh Ahmad Syakir)

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda' r.a. bahwasanya Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'" (Shahih Muslim no. 2733)

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak. Dan lainnya berkata, 'Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang pelit.'" (Shahih Bukhari no. 1442 dan Shahih Muslim no. 1010)

10. Orang yang sedang makan sahur.

Imam Ibnu Hibban dan Imam Ath Thabrani, meriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur." (hadis ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhiib wat Tarhiib I/519)

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Imam Ahmad meriwayatkan dari 'Ali bin Abi Thalib r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh." (Al Musnad no. 754, Syaikh Ahmad Syakir berkomentar, "Sanadnya shahih")

12. Seseorang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain.

Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dari Abu Umamah Al Bahily r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah diantara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya bershalawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain." (disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Kitab Shahih At Tirmidzi II/343)

Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat.
Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.

Saturday, May 30, 2009

BERAPA LAMAKAH KITA DI KUBUR

Awan sedikit mendung, ketika kaki kaki kecil Yani berlari-lari gembira di atas jalanan menyeberangi kawasan lampu merah Karet.

Baju merahnya yg besar melambai-lambai di tiup angin. Tangan kanannya memegang ice-krim sambil sesekali mengangkatnya ke mulutnya untuk dicicapi, sementara tangan kirinya mencengkam Ikatan sabuk celana ayahnya.

Yani dan Ayahnya memasuki wilayah pemakaman umum Karet, berputar sejenak ke kanan & kemudian duduk Di atas tembok nisan "Hj Rajawali binti Muhammad 19-10-1915: 20- 01-1965"

"Nak, ini kubur nenekmu mari Kita berdo'a untuk nenekmu" Yani melihat wajah ayahnya, lalu meniru gaya tangan ayahnya yg mengangkat ke atas dan ikut memejamkan mata seperti ayahnya. Ia mendengarkan ayahnya berdo'a untuk Neneknya...

"Ayah, nenek waktu meninggal umur 50 tahun ya Yah.."

Ayahnya mengangguk sambil tersenyum, sambil memandang pusara Ibu-nya.

"Hmm, bererti nenek sudah meninggal 42 tahun ya Yah..." Kata Yani berlagak sambil matanya mengira dan jarinya berhitung. "Ya, nenekmu sudah di dalam kubur 42 tahun ... "

Yani menoleh kepalanya, memandang sekeliling, banyak kuburan di sana . Di samping kuburan neneknya ada kuburan tua berlumut "Muhammad Zaini: 19-02-1882 : 30-01-1910"

"Hmm.. Kalau yang itu sudah meninggal 106 tahun yang lalu ya Yah", jarinya menunjuk nisan bersebelahan kubur neneknya. Sekali lagi ayahnya mengangguk. Tangannya terangkat mengusap kepala anak satu-satunya. "Memangnya kenapa ndhuk( anak perempuan) ?" kata sang ayah menatap teduh mata anaknya. "Hmmm, ayah kan semalam bilang, bahwa kalau kita mati, lalu di kubur dan kita banyak dosanya, kita akan disiksa dineraka" kata Yani sambil meminta persetujuan ayahnya. "Iya kan yah?"

Ayahnya tersenyum, "Lalu?" "Iya .. Kalau nenek banyak dosanya, berarti nenek sudah disiksa 42 tahun dong yah di kubur? Kalau nenek banyak pahalanya, berarti sudah 42 tahun nenek senang dikubur .... Ya nggak yah?" mata Yani bersinar keranana bisa menjelaskan kepada Ayahnya pendapatnya.

Ayahnya tersenyum, namun sekilas tampak keningnya berkerut, tampaknya cemas ...... "Iya nak, kamu pintar," kata ayahnya pendek.

Pulang dari pemakaman, ayah Yani tampak gelisah Di atas sajadahnya, memikirkan apa yang dikatakan anaknya... 42 tahun hingga sekarang... kalau kiamat datang 100 tahun lagi....142 tahun disiksa .. atau bahagia dikubur .... Lalu Ia menunduk ... Meneteskan air mata...

Kalau Ia meninggal .. Lalu banyak dosanya ...lalu kiamat masih 1000 tahun lagi berarti Ia akan disiksa 1000 tahun? ' Innalillaahi WA inna ilaihi rooji'un' .... Air matanya semakin banyak menetes, sanggupkah ia selama itu disiksa? Iya kalau kiamat 1000 tahun ke depan, kalau 2000 tahun lagi? Kalau 3000 tahun lagi? Selama itu ia akan disiksa di kubur. Lalu setelah dikubur? Bukankah Akan lebih parah lagi? Tahankah? padahal melihat adegan pameran dipukuli masa di tv kemarin ia dah tak tahan?

Ya Allah... Ia semakin menunduk, tangannya mengangkat, setinggi bahunya naik turun tak teratur.... air matanya semakin membanjiri pipi dan janggutnya...

"Allahumma as aluka khusnul khootimah".. berulang Kali di bacanya DOA itu hingga suaranya serak ... Dan ia berhenti sejenak ketika terdengar batuk Yani.

Dihampirinya Yani yang tertidur di atas dipan Bambu. Di betulkannya selimutnya. Yani terus tertidur.... tanpa tahu, betapa sang bapak sangat berterima kasih padanya karena telah menyadarkannya arti sebuah kehidupan... Dan apa yang akan datang di depannya...

"Yaa Allah, letakkanlah dunia ditanganku, jangan Kau letakkan dihatiku..."

Thursday, May 21, 2009

WANITA: AKAL SENIPIS RAMBUTNYA

JANGANKAN LELAKI BIASA , NABIPUN TERASA SUNYI TANPA WANITA,
TANPA MEREKA ,FIKIRAN DAN PERASAAN LELAKI AKAN RESAH,
MASIH MENCARI WALAU ADA SEGALANYA,
APA YANG TIADA DIDALAM SYURGA ? NAMUN ADAM TETAP RINDUKAN HAWA,
DIJADIKAN WANITA DARIPADA TULANG RUSUK YANG BENGKOK UNTUK,
DILURUSKAN OLEH LELAKI,
TETAPI SEANDAINYA LELAKI ITU SENDIRI TIDAK LURUS ....
MANA MUNGKIN KAYU YANG BENGKOK MENGHASILKAN BAYANG YANG LURUS,
LURUSKANLAH WANITA DENGAN JALAN YANG DITUNJUK OLEH ALLAH SWT,
KERANA MEREKA DICIPTAKAN SEBEGITU RUPA OLEH ALLAH,
DIDIKLAH MEREKA DENGAN PANDUAN DARINYA,
JANGAN CUBA MENJINAKKAN MEREKA DENGAN HARTA, KERANA NANTINYA,
MEREKA SEMAKIN LIAR,

JANGANLAH HIBURKAN MEREKA DENGAN KECANTIKAN , KERANA NANTINYA,
MEREKA AKAN SSEMAKIN DERITA, KENALKAN MEREKA ,
KEPADA ALLAH , ZAT YANG KEKAL,
DISITU PUNCA KEKUATAN DUNIA !

AKAL SENIPIS RAMBUTNYA , TEBALKAN IA DENGAN ILMU,
HATI SERAPUH KACA, KUATKANLAH IA DENGAN IMAN,
PERASAAN SELEMBUT SUTERA, HIASILAH IA DENGAN AKHLAK,
SUBURKANLAH IA KERANA DARI SITULAH NANTINYA,
MEREKA AKAN LIHAT NILAIAN DAN KEADILAN RABB,
BISIKKAN KE TELINGA MEREKA BAHAWA KELEMBUTAN BUKAN SUATU KELEMAHAN,
IA BUKAN DISKRIMINASI ALLAH, SEBALIKNYA DISITULAH KASIH DAN SAYANG ALLAH,

WANITA YANG LUPA HAKIKAT KEJADIANNYA, PASTI TIDAK AKAN TERHIBUR,
DAN TIDAK AKAN MENGHIBURKAN,
TANPA IMAN, ILMU DAN AKHLAK, MEREKA TIDAK AKAN LURUS,
BAHKAN AKAN SEMAKIN MEMBENGKOK,
ITULAH HAKIKATNYA ANDAI WANITA TIDAK KENAL RABBNYA,
BILA WANITA MENJADI DERHAKA, PASTI DUNIA LELAKI AKAN MENJADI HURU-HARA,

LELAKI PULA JANGANLAH MENGHARAPKAN KETAATAN SEMATA-MATA,
TAPI BINALAH KEPIMPINAN,
PASTIKAN SEBELUM WANITA MENUJU ILAHI, PIMPINLAH DIRI KEPADANYA,
JINAKKAN DIRI KEPADA ALLAH, NESCAYA AKAN JINAKLAH SEGALA-GALANYA
DI BAWAH PIMPINANMU
JANGANLAH MENGHARAPKAN ISTERI SEMULIA FATIMAH AZ-ZAHRA'.
ANDAINYA DIRIMU TIDAK SEHEBAT SAIDINA ALI KARAMALLAHUWAHAH.

Monday, February 2, 2009

Positive Thinking

Think Positive!!


This is nice - finding positive out of every negative - which we don't always manage to do.
I am thankful...
(Saya bersyukur....)


1. For the husband who snores all night, because he is at home asleep with me and not with someone else.
(Kepada suami yang berdengkur sepanjang malam, kerana dia masih tidur di rumah bersama saya dan bukan dengan orang lain)

2. For my teenage daughter who is complaining about doing dishes, because that means she is at home & not on the streets.
(Kepada anak remaja pempuan saya yang selalu merungut terpaksa menyediakan hidangan, kerana ia bermaksud anak itu berada di rumah, dan bukan diluar)

3. For the taxes that I pay because it means that I am employed.
(Kepada cukai yang dibayar, kerana ia bermaksud saya masih mempunyai pekerjaan)

4. For the mess to clean after a party because it means that I have been surrounded by friends.
(Kepada sampah sarap yang terpaksa dibersihkan selepas sesuatu majlis, kerana ia bermaksud saya masih dikelilingi oleh kawan-kawan)

5. For the clothes that fit a little too snug because it means I have enough to eat.
(Kepada pakaian yang semakin ketat, kerana ia bermaksud saya mempunyai makan yang cukup)

6. For my shadow that watches me work because it means I am out in the sunshine.
(Kepada bayang-bayang yang menemani saya berkerja, kerana ia bermaksud saya berada di luar dibawah sinaran matahari)

7. For a floor that needs mopping, and windows that need cleaning because it means I have a home.
(Kepada lantai yang perlu dimop dan tingkap yang perlu dicuci kerana ia bermaksud saya masih mempunyai rumah)

8. For all the complaining I hear about the government because it means that we have freedom of speech.
(Kepada rungutan yang saya dengar terhadap kerajaan kerana ia bermaksud kita mempunyai kebebasan bersuara)


9. For the parking spot I find at the far end of the parking lot because it means I am capable of walking and that I have been blessed with transportation.
(Kepada tempat letak kereta yang terletak dihujung kawasan tempat letak kereta kera ia bermaksud saya masih mampu berjalan dan saya dikuriakan kenderaan)

10. For the noise I have to bear from my neighbours because it means that I can hear.
(Kepada kebisingan yang terpaksa dipikul dari jirankerana ia bermaksud saya masih boleh mendengar)

11. For the pile of laundry and ironing because it means I have clothes to wear.
(Kepada timbunan kain kain yang perlu dibasuh dan digosok kerana ia bermaksud saya masih mempunyai pakaian untuk dipakai)

12. For weariness and aching muscles at the end of the day because it means I have been capable of working hard.
(Kepada kepenatan dan kesakitan otot di penghujung hari kerana ia bermaksud saya masih berupaya berkerja kuat)

13. For the alarm that goes off in the early morning hours because it means that I am stilll alive.
(Kepada alarm yang berbunyi diawal pagi kerana ia barmaksud saya masih lagi hidup)
p/s
Saudaraku, pandanglah sesuatu perkara yang berlaku kepada kita dari sudut positif. Bagi seorang pejuang, DIBUANG NEGERI, MEREKA BERMUSAFIR, DIPENJARA MEREKA BERUZLAH DAN JIKA DIBUNUH, MEREKA SYAHID. Bagi seorang pejuang Islam, tidak akan berlaku sebarang kerugian terhadap mereka. Dan jika kita sendiri adalah pejuang Islam, insyaallah kita tidak akan rugi. Wallahu a'lam. ~admin~

Satu Kisah Untuk Renungan






SEORANG lelaki tua yang baru kematian isteri tinggal bersama anaknya, Arwan dan menantu perempuannya, Rina, serta anak pasangan itu, Viva yang baru berusia enam tahun. Keadaan lelaki tua itu agak uzur, jari jemarinya sentiasa menggeletar dan pandangan pula semakin hari semakinkabur.

Malam pertama berpindah ke rumah anaknya, mereka makan malam bersama. Lelaki tua merasa kurang selesa menikmati hidangan di meja makan. Dia merasa amat canggung menggunakan sudu dan garpu. Selama ini dia gemar bersila, tapi di rumah anaknya dia tiada pilihan. Cukup sukar dirasakannya, sehingga makanan bersepah tanpa dapat dikawal. Bukan dia tidak merasa malu berkeadaan begitu di depan anak menantu, tetapi dia gagal menahannya.
Lantaran kerap benar dijeling menantu, seleranya patah. Dan tatkala dia mencapai gelas minuman, pegangannya terlucut. Prannnnngggggg ... !! Bertaburan kaca di lantai. Lelaki tua serba salah. Dia bangun, cuba mengutip serpihan gelas itu, tapi Arwan melarangnya. Rina masam mencuka. Viva pula kesian melihat datuknya, tapi dia hanya melihat, kemudian makan semula.
"Esok ayah tak boleh makan bersama kita," Viva mendengar ibunya berkata pada ayah, sebaik datuk menghilangkan diri ke dalam bilik. Arwan hanya membisu. Namun sempat anak kecil itu merenung tajam ke dalam mata Arwan.
Sebagai memenuhi tuntutan Rina, Arwan membeli sebuah meja kecil yang rendah, lalu diletakkan di suatu sudut bilik makan. Di situlah ayahnya menikmati hidangan bersendirian, sambil anak menantu makan di meja berhampiran. Viva pula dihalang apabila dia merengek mahu makan bersama datuknya.

Air mata lelaki tua meleleh mengenang nasibnya diperlakukan begitu. Ketika itu dia teringat kampung halaman yang ditinggalkan. Dia terkenang arwah isterinya. Lalu perlahan-lahan
dia berbisik: "Miah... buruk benar layanan anak kita pada abang."
Sejak itu, lelaki tua merasa tidak selesa tinggal di situ. Hari-hari dia diherdik kerana menumpahkan sisa makanan. Dia diperlakukan seperti hamba. Pernah dia terfikir untuk lari dari situ, tetapi mengenangkan cucunya, dia menahan diri. Dia tidak mahu melukakan hati cucunya. Biarlah dia menahan diri dikelar dan dicalar anak menantu. Suatu malam, Viva terperanjat melihat datuknya makan menggunakan pinggan kayu, begitu juga gelas minuman yang diperbuat daripada buluh. Dia cuba mengingat-ingat, di manakah dia pernah melihat pinggan seperti itu. "Oh! Ya..." bisiknya. Viva teringat, semasa berkunjung ke rumah sahabat papanya dia melihat tuan rumah itu memberi makan kucing-kucing mereka menggunakan pinggan yang sama.

"Taklah pecah lagi, kalau tak, nanti habis pinggan mangkuk mama," kata Rina apabila anaknya bertanya.
Masa terus berlalu. Walaupun makanan berselerak setiap kali waktu makan, tiada lagi pinggan atau gelas yang pecah. Apabila Viva merenung datuknya yang sedang menyuap makanan, kedua-duanya hanya berbalas senyum.
Seminggu kemudian, sewaktu pulang dari bekerja, Arwan dan Rina terperanjat melihat anak mereka sedang ber main dengan kepingan-kepingan kayu. Viva seperti sedang membuat sesuatu. Ada penukul, gergaji dan pisau di sisi nya. "Eh, apa sayang buat ni? Berbahaya main benda-benda ni," kata Arwan menegur manja anaknya. Dia sedikit hairan bagaimana anaknya dapat mengeluarkan peralatan itu, sedang ia disimpan di dalam stor.
"Nak buat pinggan, mangkuk dan gelas untuk ayah dan emak. Bila Viva besar nanti, taklah susah cari. Kesian ayah, terpaksa ke bandar beli pinggan atuk," kata Viva. Gamam mendengar jawapan anaknya, Arwan terkedu. Perasaan Rina terusik. Kelopak mata kedua-duanya ber genang. Jawapan Viva menusuk, seluruh tangkai jantung dirasa seperti dihiris sembilu. Mereka benar-benar rasa ber salah!

Malam itu Arwan memimpin tangan ayahnya ke meja makan. Rina menyenduk nasi dan menuang minuman ke dalam gelas. Nasi yang tumpah tidak dihiraukan. Viva beberapa kali memandang ibunya, kemudian ayah dan akhir sekali wajah datuknya. Dia tidak bertanya, cuma tersenyum selalu bagi menyatakan rasa seronok duduk bersebelahan datuknya di meja makan. Lelaki tua itu juga tidak tahu kenapa anak menantunya tiba-tiba berubah. "Esok Viva buang pinggan kayu tu, nak buat apa?" kata Viva pada ayahnya selepas makan. Arwan hanya mengangguk, tetapi dadanya terus sebak.
MORAL OF THE STORY: Hargailah kasih sayang kedua orang tua kita.....Ibu bapa kita hanya satu, perginya tidak akan ada pengganti...jadi, berbaktilah kepada mereka selagi hayat dikandung badan!

Arkib Surau Al Insaf