Dalam Islam rogol mempunyai makna yang hampir sama dengan paksaan berzina. Syariat Islam mendefinisikan rogol sebagai zina bi al jabr (zina paksaan) iaitu perempuan yang terpaksa berzina atau diperkosa.. Dosanya hanya atas orang yang memaksa saja. Itupun dengan syarat perempuan tersebut tidak merasa kelazatan perlakuan rogol itu ke atasnya.Ini berdasarkan sebuah hadis Nabi yang bermaksud
Dari Alqamah bin Waiel mengenai kisah seorang wanita yang pernah dipaksa untuk berzina ia berkata: Bersabda Nabi SAW kepadanya, "Pergilah engkau sesungguhnya Allah telah mengampuni dosa engkau", Dan ia berkata pula kepada lelaki yang telah memaksa perempuan tersebut berzina."Rejamlah dia" Riwayat Tirmidzi.
Ulama berselisih pendapat tentang jenayah rogol ini, iaitu pertama golongan yang mengatakan rogol seumpama zina, malah lebih kejam darinya, oleh itu hukumannya juga haruslah lebih keras dan berat.Golongan kedua berpendapat rogol bukanlah zina kerana pembuktian rogol tidak memerlukan saksi seperti mana pembuktian zina.
Menurut undang undang sivil rogol termasuk dalam Kanun Keseksaan (akta 574) yang merupakan ambilan dari Kanun Keseksaan India.Kanun tersebut digubal berdasarkan Common Law England dan digunapakai sehingga ke hari ini. Seseorang lelaki itu di kira melakukan rogol jika ia bersetubuh dengan seseorang perempuan dalam keadaan yang termasuk dalam lima perkara berikut;
1. Bertentangan dengan kemahuan perempuan tersebut
2. dengan tiada kerelaan perempuan itu
3. dengan kerelaan perempuan itu manakala kerelaannya telah didapati dengan mendatangkan kepadanya ketakutan bahawa pembunuhan/cedera akan berlaku.
4. dengan kerelaan perempuan itu manakala lelaki itu ketahui bahawa ia bukannya suaminya dan kerelaan itu diberi kerana perempuan itu percaya lelaki itu ialah seorang lelaki yang menjadi atau yang ia percaya menjadi suaminya yang sah di sisi undang undang atau yang kepadanya ia akan memberi kerelaan.
5. samada dengan kerelaan perempuan itu atau tidak jika perempuan itu dibawah umur.( 18 tahun ke bawah)
Pandangan Kumpulan Hak Asasi dan Pertubuhan Wanita Kumpulan hak asasi dan pertubuhan wanita memandang rogol sebagai jenayah ganas yang menggunakan seks sebagai alat atau senjata jenayahnya.Ia merupakan ekspresi keganasan dan penggunaan kuasa ke atas orang lain.Golongan ini juga lantang menyuarakan pandangan supaya undang undang (sivil) yang ada sekarang meluaskan definisi rogol ke atas perlakuan perlakuan berikut; a. Suami merogol isteri yang sah di sisi undang undang
b. Seseorang samada lelaki atau perempuan yang memasukkan objek ke dalam kemaluan wanita.
c. Memasukan zakar ke dubur mangsa.
d. Memasukkan zakar ke mulut wanita atau mangsa
e. Adakah rogol yang berlaku ke atas seseorang lelaki yang mengaku dirogol oleh mana mana wanita dapat diterima kenyataannya.
Berdasarkan pandangan Islam definisi rogol atau zina itu jelas dan tidak perlu sebarang pindaan manusia lagi kerana ianya peraturan Allah SWT.Bagi hal suami merogol isteri, perkara ini tidak timbul kerana mereka telah diikat oleh tali pernikahan yang sah.Jika adapun hanya masalah berkenaan samada suami tidak puas hati terhadap layanan isteri atau mungkin juga suaminya seorang yang tidak bertanggungjawab.Jika ini berlaku isteri boleh memfasakhkan pernikahan tersebut.
Berkenaan perkara (b) dan (d) di atas, hendaklah dilihat samada penjenayah mempunyai niat untuk merogol atau menyerang tanpa rogol.Jika ianya dilihat sebagai serangan seksual maka si penjenayah sahaja yang berdosa dan jika sampai membawa kepada kecederaan maka hendaklah dijatuhi hukuman Qisas.Sebaliknya jika tidak berlaku kecederaan maka hendaklah di jatuhi hukuman Ta'zir.
Bagi perkara (c), hendaklah diklasifikasikan sebagai Liwat,cuma di sini fuqaha" berbeza pendapat mengenai hukuman ke atas perkara ini. Manakala perkara (e), hendaklah dirujuk kepada definisi rogol berdasarkan syarak yang mana ia bersangkut juga dengan definisi zina. Maka hendaklah diperhatikan kepada perkara perkara berikut;
1. Adakah pihak yang mendakwa mempunyai hubungan suami terhadap perogol.Jika jawabannya tidak, lihat pula perkara berikut,
2. Adakah pengadu terpaksa atau dipaksa atau tersilap dalam persetubuhan tersebut.Jika dipaksa, setakat mana paksaannya, adakah sempurna atau tidak sempurna paksaannya itu.
3. Walau bagaimanapun kita perhatikan definisi rogol tadi menyebut 'tidak merasa nikmat' dan definisi zina pula ialah masuknya zakar ke dalam kemaluan perempuan yang mempunyai syahwat.
Jadi untuk masuknya zakar perlukan rangsangan dari pihak lawan dan kemudian tindak balas dari pihak yang diransang.Oleh itu mustahil persetubuhan dapat berlaku tanpa merasa lazat (kesan ransangan tersebut) dan juga mustahil organ seks lelaki tersebut aktif dalam keadaan dipaksa (paksaan yang boleh membawa maut) tersebut.
Walau bagaimanapun Pakistan, menerimapakai rogol bagi lelaki melalui enakmen Hudud 1979, The offence of Zina(ENFORCEMENT OF HUDOOD) ORDINANCE, 1979 (VII OF 1979);
antaranya mendefinisikan Zina bil jabr (rogol); A person is said to commit zina bil jabr if he or she has sexual intercourse with a woman, or man as the case may be,to whom he or she not validly married,
Berdasarkan penggunaan gantinama She dan He dalam definisi tersebut menunjukkan rogol juga berkemungkinan boleh berlaku ke atas kaum lelaki.Ini berbeza dalam Perlembagaan Persekutuan,kanun keseksaan, seksyen 375 hanya menyebut rogol berlaku ke atas wanita sahaja.
Islam agama yang adil jika sekiranya perkara tersebut benar benar berlaku maka si pesalah tetap mendapat hukuman yang setimpal dengan perbuatan terkutuknya itu. Islam tidak membeza antara wanita dan lelaki dalam soal menegakkkan keadilan. Sewajarnya kita yakin dengan keadilan undang undang Islam dalam mengawal dan membanteras gejala ini dengan mengharamkan segala perkara yang boleh meransang dan menyuburkan gejala zina dan juga rogol. Adalah menjadi hak bersama di antara lelaki dan perempuan untuk memastikan kelakuan baik di antara satu sama lain.Tidak seorang pun di antara mereka perlu didedahkan kepada keinginan nafsu (ransangan atau pujukan) yang akan memesongkan kehendak atau sentimen mereka daripada seorang teman kepada menjadi musuh.Keinginan nafsu diikuti dengan penyelewengan akan membawa kepada perzinaan yang mana ianya menjadi ancaman terbesar terhadap kestabilan masyarakat .
Berdasarkan tiga definisi tentang kesalahan rogol yang telah diterangkan maka yang adil dan pratikal adalah dari pandangan Islam yang mana ianya tidak perlu kepada ubahsuai dan pindaan oleh manusia lagi. Acara dan keterangan dalam jenayah rogol Para fuqaha semuanya bersetuju secara ijmak bahawa zina boleh disabitkan dengan pengakuan dan dengan keterangan saksi.Walau bagaimanapun mereka bercanggah pendapat samada kesalahan zina itu boleh disabitkan dengan qarinah atau bukti atau sebaliknya.Di samping itu para fuqaha juga sependapat bahawa zina tidak boleh disabitkan dengan cara lain seperti pengetahuan qadi, sumpah dan lain lain.
Berbalik kepada jenayah rogol, disebabkan fuqaha berpendapat rogol bukanlah zina cuma lebih serius dari zina atau pun sebaliknya. Maka kes kes jenayah rogol boleh dibuktikan melalui
1. Pengakuan tertuduh
2. Keterangan berbentuk Qarinah (circumstantial evidence) Mangsa rogol pula tidak perlu mendatangkan empat saksi yang adil bagi menyokong aduannya tersebut, ini berlawanan dengan kes zina sebenar yang perlukan empat saksi .Dari sudut inilah ternafi segala fitnah dan tohmahan sesetengah pihak yang mendakwa mangsa rogol berdasarkan undang undang Hudud Islam tidak terbela malah si mangsa akan dihukum lagi akibat aduan tersebut. Pengakuan tertuduh Dalam hal ini jika aduan dibuat dan pihak berkuasa dapat menyeret penjenayah ke mahkamah lalu dalam perbicaraan tersebut orang kena tuduh (OKT) mengaku kesalahannya maka kes itupun dikira selesai. Itupun dengan syarat pengakuan tersebut memenuhi beberapa syarat umum yang wajib dipenuhi dalam pengakuan sama ada
1.Pengakuan dari seorang yang berakal.
2. Baligh dan mumaiyiz
3. Tiada tohmahan dalam perkara yang menjadi pengakuannya. d. Sukarela, iaitu hendaklah dibuat secara sukarela dan reda, secara sedar dan jaga.Ikrar yang dilakukan secara paksa atau semasa tidak sedar atau semasa tidur tidak sah.
4. Orang yang membuat pengakuan dan perkara yang diakuinya dimaklumi. Maka OKT mesti menjelaskan dirinya yang sebenar benar dan perlakuan jenayah yang dilakukannya secara terang dan dimaklumi akan kesahihannya.
Sebaliknya jika pengakuan tersebut dibuat berdasarkan kes rogol bawah umur (statutory rape) dan tiada unsur paksaan dari pihak lelaki maka mengikut undang undang Islam, tertuduh dan mangsa dikategorikan dalam jenayah zina dan boleh dikenakan had zina.Islam tidak mengiktiraf statutory rape,sebaliknya sesiapa yang memenuhi syarat kelayakan iaitu berakal,baligh,siuman,rela hati,tidak ditegah tassaruf maka ia ditaklif atas segala perbuatannya.
Keterangan berbentuk qarinah (circumstantial evidence) Berdasarkan perbicaraan yang berlaku di mahkamah sivil biasanya saksi utama dalam kes rogol adalah si pengadu (mangsa rogol). Disebabkan jenayah ini biasanya jarang berlaku di depan mata orang ramai (tiada saksi yang melihat) maka oleh itu jarang juga ada saksi lain yang dapat dipanggil oleh pihak pendakwa untuk menyokong keterangan pengadu di mahkamah.Mengikut prinsip am undang undang keterangan,adalah berbahaya dan tidak selamat bagi hakim bicara mensabitkan kesalahan OKT dalam kes rogol hanya dengan mendengar keterangan lisan pihak pengadu tanpa terlebih dahulu melihat keterangan lain yang menyokong (corrobotive evidence). Berdasarkan pendefinisian rogol oleh fuqaha maka mahkamah tiada halangan untuk menerima keterangan berbentuk qarinah sebagai corrobotive evidence dalam masalah ini.
Antara qarinah yang biasa dikemukakan ialah;
a. Dari tubuh OKT seperti DNA, jenis darah, air mani, bebulu atau rambut, kuku, peluh,bau dan sebagainya.
b. Peralatan atau barang milik OKT seperti baju, tali pinggang, tapak kasut Kasut, seluar dan sabagainya.
Walau bagaimanapun bukti bukti tersebut hanya dapat dikemukakan jika si pengadu bertindak cepat membuat laporan sebaliknya jika mangsa melengah lengahkan membuat aduan maka dikhuatiri keterangan keterangan itu akan sukar dikenal pasti atau diperiksa oleh pakar pakar yang berkenaan.
Dalam kes rogol yang disembunyikan oleh mangsa akibat takut,malu,tekanan perasaan atau kurang memahami masalah tersebut setelah sekian lama barulah membuat laporan maka agak sukar untuk menentukan status aduannya samada benar benar dirogol atau sebaliknya. Sebagai contoh setelah bertahun tahun dirogol oleh ahli keluarga sendiri barulah mangsa membuat laporan malangnya pihak yang didakwa menafikan perkara tersebut atau dalam situasi perogol melarikan diri sehingga sukar untuk dikesan atau dijejaki.
Dalam keadaan begini mustahil perempuan itu menjadi mangsa dua kali berulang andainya dia dikenakan kesalahan qazaf akibat kegagalannya membawa bukti yang jitu dan sahih.Yang mana kali pertama dia dirogol kedua kalinya dikenakan hukuman bagi kesalahan qazaf. Bagi kes begini ia boleh melakukan sumpah bagi membuktikan yang ia benar benar dirogol kemudian sedapat mana ia mengemukakan bukti untuk menguatkan dakwaan tersebut.Melalui bukti bukti tersebut dapat menghilangkan tuduhan qazaf ke atasnya ini kerana timbul syubhat dalam perkara tersebut.Dalam kesalahan hudud sesorang tidak boleh disabitkan kesalahannya melainkan setelah keterangan yang kuat. Bagi pihak si mangsa dan kita semua harus yakin keadilan Allah SWT itu maha luas tidak dapat dibuktikan di dunia, akhirat nanti akan terserlah jua kebenarannya..Sewajarnya pihak pihak tertentu memberi perhatian dan dorongan serta khidmat nasihat jika kes sebegini berlaku ke atas si mangsa.
Perogol wajib dijatuhi had zina samada rejam atau sebat. Sumbang mahram Bagi kesalahan orang yang merogol anak atau mahramnya sendiri maka hendaklah ia dibunuh.Hujahnya orang yang menikahi atau mendatangi orang yang haram dinikahinya hukumnya ialah bunuh.
Hadis nabi yang bermaksud; Dari al Barra' bin Azib r.a berkata "Pernah aku bertemu dengan ayah saudaraku bersamanya ada sebilah pedang lalu aku bertanya; Hendak ke mana pakcik? Dia menjawab; Aku disuruh oleh Rasulullah SAW kepada seorang lelaki yang telah menikahi janda bapanya dan aku diperintahkan supaya memenggal lehernya dan mengambil hartanya"
Riwayat Abu Daud dan Tirmizi
Maka oleh itu bunuh jugalah hukuman bagi yang memperkosa anak, adik, kakak atau darah dagingnya sendiri. Lagipun sesetengah fuqaha berpendapat rogol lebih teruk dari zina dan hukumannya juga mesti lebih berat dan lama. Oleh itu wajarlah hukuman bunuh bagi kesalahan orang yang merogol darah daging sendiri kerana perkara tersebut lebih keji dari zina dan melampaui batas kemanusiaan.
Berbeza dengan undang undang sivil yang menetapkan hukuman rogol dengan penjara dari 5 tahun dan tidak lebih 20 tahun serta sebatan.Malah yang terbaru ada cadangan yang mahu keluarga mangsa sumbang mahram inipun dihukum penjara 3 tahun jika tidak melaporkan hal tersebut kepada pihak berkuasa. Rogol dan mencederakan Jika sekiranya serangan atau perbuatan merogol tersebut mendatangkan kecederaan maka perogol tersebut hendaklah dijatuhi hukuman Qisas ataupun dinilai hukuman yang paling tinggi bagi kedua kesalahan tersebut (rogol dan mencederakan) Serangan yang tidak sampai ke status rogol Jika serangan tersebut tidak sampai ke tahap rogol tetapi mangsa mengalami kecederaan maka penjenayah terbabit dikenakan hukuman yang setimpal iaitu Qisas.Kecederaannya itu hendaklah dinilai berdasarkan statusnya samada harishah,qasirah dan yang seumpamanya.Walau bagaimanapun sekiranya cubaan merogol tersebut gagal dan mangsanya pula tidak mengalami sebarang kecederaan, maka perogol tersebut tetap dihukum Ta'zir kerana menceroboh hak dan maruah orang lain.
Rogol di bawah umur
Bagi kesalahan statutory rape hukuman dijatuhkan kepada kedua duanya sekali jika sekiranya terdapat bukti bukti yang menunjukkan tiada paksaan atau kekerasan, ini kerana dalam Islam status bawah umur dikira dengan tanda tanda baligh .Amalan tersebut berbeza dengan undang undang sivil yang menetapkan had bawah umur dengan umur yang tertentu. Walau bagaimanapun jika si gadis tersebut dipaksa maka lelaki sahaja yang dihukum.
Orang bisu yang merogol
Bagi perogol yang bisu ianya tidak dikenakan hukuman had ini kerana persetubuhan yang dilakukannya didakwa mengandung syubhat tetapi ianya tetap dihukum dengan Ta'zir sesuai dengan keadilan ajaran Islam.
Walau bagaimanapun Islam itu adil, maka setiap kesalahan akan ada balasan yang setimpal.
Rogol dan membunuh
Bagi kesalahan rogol kemudian mangsa tersebut dibunuh dengan sengaja maka hendaklah dijatuhi hukuman Qisas. Ini kerana pembunuhan adalah salah satu daripada tujuh jenis dosa yang paling besar dan dosanya adalah kedua sesudah kafir.
Liwath
Sekiranya mangsa diserang tetapi tidak dirogol sebaliknya hanya diliwat maka penjenayah sahaja yang dihukum ini kerana kesnya sama dengan zina bil jabr, begitu juga sekiranya seseorang lelaki diliwat secara paksaan Ulama berselisih pendapat mengenai hukuman Liwat, Imam Syafie berpendapat hukumannya sebat dan dibuang daerah.Imam Malik pula menyebut rejam sebagai hukumannya, manakala Imam Abu Hanifah hanya mencadangkan hukuman Ta'zir sahaja ke atas perbuatan Liwat walaupun yang diliwat itu seorang perempuan.
Kanak kanak yang merogol
Jika perogol tersebut seorang kanak kanak maka ianya dikecualikan dari had kerana ianya masih belum baligh dan tidak berakal.Walau bagaimanapun sekiranya ada bukti yang menunjukkan terdapat kesan air mani perogol pada mangsa maka hukuman had boleh dikenakan kepadanya.Dalilnya kesan air mani itu telah membuktikan tanda tanda dewasa ataupun baligh.
Bentuk Bentuk Hukuman Bagi perogol yang bukan muhsan hukumannya sebat dan dibuang daerah iaitu sama hukuman dengan kes zina.Walau bagaimanapun fuqaha berselisih pendapat mengenai hukuman buang daerah samada ia perlu disertakan dengan sebat ataupun tidak.Imam Abu Hanifah mengatakan dibuang daerah ini tidak wajib, boleh dilakukan jika ianya perlu dan hukuman tersebut termasuk dalam hukuman Ta'zir. Manakala perogol muhsan hukumannya rejam, ada juga sesetengah fuqaha yang menambah dengan hukuman bagi sebat bagi yang muhsan.
P/s: Jazakallah kepada Haji Azhar untuk artikel ini